Coretan Pagi Indah

Posted by Mademoiselle Sophie , Saturday, August 22, 2015 6:03 PM


Assalamualaikum. Selamat pagi semuaaa :)) Pagi yang indah bukan?

What's goin on lah dengan makhluk tercomel ini kan? Pagi-pagi dah putus wayar ke hape.. Hah, jangan gituu. Tak baik melulu bersangka bukan- bukan dengan aku :)

Pagi ini memang indah pun. Begitu energetik aku pagi ini. Selesai menyiapkan budak manja itu untuk ke sekolah, aku pun mula lah senaman pagi aku yang mana aku berazam untuk istiqamah melakukannya. Bukannya hape, stamina kena jaga dari sekarang lah kan babe!

Hingat senang ka nak dapat bentuk badan idaman?! Ini pun aku masih dalam fasa percubaan (dari dulu fasa percubaan aku ini :P). Besides, apa guna aku jadi doktor, kalau aku sendiri pun tak mempraktiskan gaya hidup sihat, bukan? Senaman (aku praktis cardio exercise) bagus untuk menurunkan berat badan, kesihatan jantung, tambah apabila kau berpeluh itu, keluar segala mak nenek toksin dalam badan. Banyak lagi benefitnya, boleh google okay, takkan itu pun nak aku bagitau jugak. Aku pun peng'google' tegar jugak.

Semalam pulak merayap dekat MYDIN dengan my girls; mak aku dan adik2 perempuan aku hokey. Hehehe, aku ini mana lah ada kawan2 perempuan rapat kat malaysia (aku duduk jauh jugak dari bandar) nak dibawa atau mengajak aku untuk pergi merayap jalan-jalan malam ini. Lagipun aku berat punggung je kalau diajak pergi berjalan. Bukan saja-saja, tapi menjadi perempuan ini tau-taulah kan, nak cari baju yang sesuai, nak matching dengan tudung lagi, nak kena gosok lagi baju kalau yang berkedut itu.. malas tau tak malas. Okay, dah official semua orang tau aku adalah seorang yang pemalas. (tapi tak lah selalu, kan jatuh imej aku, takde orang nak masuk meminang aku.. HAHAHA)

Mak aku dah sibuk-sibuk suruh aku cari calon menantu. Naik pening aku (tipoooo aje.. heee) Pening lah jugak hokey. Bukan senang mahu cari seorang 'stranger' untuk dibuat pasangan bahagia till jannah ini. Aku taklah cerewet, tapi compatibility itu sangatlah penting bagi aku. (Kau tau ke compatibility itu macam mana montel oii -.-)

But apalah sangat knowledge aku tentang alam percintaan ini kan, i have no experience being in love. Mungkin itu jugak sebabnya, belum jumpa the right one. Macam mana nak tau dah jumpa the right one? Hah! kan pening tu. Mungkin kalau dah jumpa akan ada rasa kot. Rasa ape? Rasa sayang hoi rasa sayang sayang hey! HAHAHA..

Melalut sampai ke sudah. Tak sedar diri betul dah nak exam. Aku nak exam final dah ni. Doakan aku dan kawan2 seperjuangan lulus exam dan menjadi doktor yang selamat dan ikhlas berbakti buat ummah.

0 Response to "Coretan Pagi Indah"