Aku & OD
Posted by Mademoiselle Sophie , Sunday, August 23, 2015 4:28 AM
Sesungguhnya proses menurunkan berat badan ini tersangatlah menyakitkan.
Menyakitkan hati aku, akal fikiran dan jiwa raga aku pun turut terseksa. Banyak kali aku kena psiko diorang ini supaya tak tergoda dengan pikatan Mr F ni.
Siapa pulak kan Mr F ni? Uh uh, Bukan Zul Ariffin MAID itu. Kalau yang itu, ... no comment. HEEEE
Hah, meh sini nak bagitau, Mr. F ini memang irresistible, aduhai, lama jugak kami bercinta. HAHAHA.. Mr Food ini memang semua orang tak boleh lari dari godaan dia ini. Dasar playboy! HAHAHA.. layankan ajelah karutan aku ini.
Pleaselah weh. Time makan kau tak ingat dunia. Dah terkumpul lemak-lemak itu memanglah sakit kau nak kasi cair lemak2 itu. Tidak mengapalah, aku akan terus berusaha istiqamah dengan gaya hidup sihat. (Aku cuba hokey, cuba, baca perkataan ini banyak kali, aku cuba!)
Maksudnya hape? Kalau kau tengok aku macam itu jugak, tahulah dikau aku gagal dalam percubaan aku. Atau aku masih dalam percubaan .. HEHEHE..
Aku pun tak tahulah kenapa aku rajin sangat ini.
Yelah, nanti mungkin aku tak ada masa sudah nak membebel kat sini.
Atau aku dah hilang nafsu mahu merapu.
You gotta love your body, babe!
motto untuk hari ini.
supaya tak depress sangat bila tengok cermin.