pi mai pi mai tang tu

Posted by Mademoiselle Sophie , Sunday, August 30, 2015 1:38 AM

I am officially the stupidest person on earth.
What the heck am I doing with this precious gem that I have right now?
And I am wasting it like a fool!

Inilah monolog dalaman aku tiap-tiap hari. Tapi masih begitu juga. Sungguh paling bodoh kan. Paling rugi. Dan segala macam terpaling ada dalam fikiran aku ini.

Soooooo, buat apa membazir masa menaip kat sini pulak ni? Menambah kebodohan diri? 
-_-  Come on lah babe, you are better than this. (percubaan menpsiko diri, entahlah ejaannya macam mana, biaq pi lah..) Aku menaip sekarang ini sebab perasaan aku serabut and I need to get it out of my system right now, so here I am. 

Aku rasa aku boleh kenal pasti patologi penyakit aku sekarang ini. Ini namanya penyakit kemalasan. Tahu tak, once you are away from the books, you'll find it very difficult to get closer to them again. So, this is what happened. Aku rasa macam nak hempuk kepala aku sendiri bila aku tak study. I did feel guilty when I did not for once in a day read them. 

And it did not help that the internet is on 24/7 without rest. Jadi, boleh predict jugak how the outcome kan? So apa resolusi aku sekarang ini? 

Honestly speaking, nothing in mind. 
And honestly speaking jugak, mungkin aku tak banyak berdoa dengan Tuhan.
Tak cukup menjaga hubungan dengan Tuhan aku ini, itu yang banyak sangat hijabnya, itu yang hati kotor semacam, tak tenang-tenang perasaan.
Mungkin sebab dah lama tak usrah. Tak jumpa kakak naqibah.
Oh ye, telefon aku rosak dihantar baiki, jadi memang aku loss contact dengan manusia-manusia yang aku sayang. Besides, dalam whatsapp tu lah, dr Tamer nak berkongsi soalan, gambar2, macam-macam lagilah.

Mungkin benda pertama aku kena buat sekarang adalah menjaga solat. Jaga waktu, tata tertibnya, kekhusyukannya..
Hokey, aku nak choww dulu. Cukup dah kot merapu sebanyak ini untuk hari ini.

Sehingga berjumpa lagi. muahhh.
Bai Mr Blog, i lap u :):):)

Aku & OD

Posted by Mademoiselle Sophie , Sunday, August 23, 2015 4:28 AM

Sesungguhnya proses menurunkan berat badan ini tersangatlah menyakitkan.
Menyakitkan hati aku, akal fikiran dan jiwa raga aku pun turut terseksa. Banyak kali aku kena psiko diorang ini supaya tak tergoda dengan pikatan Mr F ni.

Siapa pulak kan Mr F ni? Uh uh, Bukan Zul Ariffin MAID itu. Kalau yang itu, ... no comment. HEEEE


Hah, meh sini nak bagitau, Mr. F ini memang irresistible, aduhai, lama jugak kami bercinta. HAHAHA.. Mr Food ini memang semua orang tak boleh lari dari godaan dia ini. Dasar playboy! HAHAHA.. layankan ajelah karutan aku ini.

Pleaselah weh. Time makan kau tak ingat dunia. Dah terkumpul lemak-lemak itu memanglah sakit kau nak kasi cair lemak2 itu. Tidak mengapalah, aku akan terus berusaha istiqamah dengan gaya hidup sihat. (Aku cuba hokey, cuba, baca perkataan ini banyak kali, aku cuba!)


Maksudnya hape? Kalau kau tengok aku macam itu jugak, tahulah dikau aku gagal dalam percubaan aku. Atau aku masih dalam percubaan .. HEHEHE..


Aku pun tak tahulah kenapa aku rajin sangat ini.

Yelah, nanti mungkin aku tak ada masa sudah nak membebel kat sini.
Atau aku dah hilang nafsu mahu merapu.

You gotta love your body, babe! 

motto untuk hari ini.
supaya tak depress sangat bila tengok cermin.

Coretan Pagi Indah

Posted by Mademoiselle Sophie , Saturday, August 22, 2015 6:03 PM


Assalamualaikum. Selamat pagi semuaaa :)) Pagi yang indah bukan?

What's goin on lah dengan makhluk tercomel ini kan? Pagi-pagi dah putus wayar ke hape.. Hah, jangan gituu. Tak baik melulu bersangka bukan- bukan dengan aku :)

Pagi ini memang indah pun. Begitu energetik aku pagi ini. Selesai menyiapkan budak manja itu untuk ke sekolah, aku pun mula lah senaman pagi aku yang mana aku berazam untuk istiqamah melakukannya. Bukannya hape, stamina kena jaga dari sekarang lah kan babe!

Hingat senang ka nak dapat bentuk badan idaman?! Ini pun aku masih dalam fasa percubaan (dari dulu fasa percubaan aku ini :P). Besides, apa guna aku jadi doktor, kalau aku sendiri pun tak mempraktiskan gaya hidup sihat, bukan? Senaman (aku praktis cardio exercise) bagus untuk menurunkan berat badan, kesihatan jantung, tambah apabila kau berpeluh itu, keluar segala mak nenek toksin dalam badan. Banyak lagi benefitnya, boleh google okay, takkan itu pun nak aku bagitau jugak. Aku pun peng'google' tegar jugak.

Semalam pulak merayap dekat MYDIN dengan my girls; mak aku dan adik2 perempuan aku hokey. Hehehe, aku ini mana lah ada kawan2 perempuan rapat kat malaysia (aku duduk jauh jugak dari bandar) nak dibawa atau mengajak aku untuk pergi merayap jalan-jalan malam ini. Lagipun aku berat punggung je kalau diajak pergi berjalan. Bukan saja-saja, tapi menjadi perempuan ini tau-taulah kan, nak cari baju yang sesuai, nak matching dengan tudung lagi, nak kena gosok lagi baju kalau yang berkedut itu.. malas tau tak malas. Okay, dah official semua orang tau aku adalah seorang yang pemalas. (tapi tak lah selalu, kan jatuh imej aku, takde orang nak masuk meminang aku.. HAHAHA)

Mak aku dah sibuk-sibuk suruh aku cari calon menantu. Naik pening aku (tipoooo aje.. heee) Pening lah jugak hokey. Bukan senang mahu cari seorang 'stranger' untuk dibuat pasangan bahagia till jannah ini. Aku taklah cerewet, tapi compatibility itu sangatlah penting bagi aku. (Kau tau ke compatibility itu macam mana montel oii -.-)

But apalah sangat knowledge aku tentang alam percintaan ini kan, i have no experience being in love. Mungkin itu jugak sebabnya, belum jumpa the right one. Macam mana nak tau dah jumpa the right one? Hah! kan pening tu. Mungkin kalau dah jumpa akan ada rasa kot. Rasa ape? Rasa sayang hoi rasa sayang sayang hey! HAHAHA..

Melalut sampai ke sudah. Tak sedar diri betul dah nak exam. Aku nak exam final dah ni. Doakan aku dan kawan2 seperjuangan lulus exam dan menjadi doktor yang selamat dan ikhlas berbakti buat ummah.

Contengan Bersih Sawang!

Posted by Mademoiselle Sophie 3:19 AM

Hai blog :)

Lama tak jumpa awak.. hikhik (jadi abnormal sekali sekala menarik jugak :P)
Kesian sama awak kan.. bersawang sudah..nak buat macam mana, saya tuan punya kan, suka hati saya lah..HAHAHA..

Penat betul. Penat sangat. Haah. Penat BERSENAM ni hah. Aduhaii, ni apa kes pulak kan rajin bebeno bersenamnya. Almaklumlah, aku memang kenal sangatlah aku ni macam mana kan, dasar malas nak menggerakkan otot2..eh eh lemak-lemak yang ter'deposit' cantik punya ni! Blerghhh.. luga tekok wehh (bak kata orang teganu kitee)

Rupanya bersenam sangatlah addicting. Best woo rasa peluh melimpah ruah, melekit-lekit. Korang punye EWWW tu simpan kat bibir korang je ye. Kalau rasa tak boleh nak teruskn pembacaan, bolehlah beralih arah. Ni pun, aku bercakap sorang-sorang.

Nak tau kenapa? Sebab aku tengah stress jugak lah sekarang ini. Melihat kerenah orang2 tua ni (yang pencinta bahasa tu boleh simpan rasa concern pada bahasa tu dalam hati ye, sebab aku tak hirau pun gaya bahasa aku ni macam mana, aku kan freestyle gitu, ala-ala rebellious tapi taat je). Kembali semula pada karangan aku sebelumnya, melihat kerenah orang2 tua membuatkan aku takut untuk melangkah ke fasa baru. Takut yang amat. Entahlah, rumit sebenarnya apabila semakin tua ni. Perasaan pun makin mudah tercalar, mudah dicederai. Hmmm, aku ini nanti macam manalah agaknya.

Sebab aku jenis yang tak suka pada konflik. Kalau aku tak puas hati, most of the time, aku simpan saja dalam hati, tapi kepala, akal fikiran aku ligat membebel dan membuat pelbagai analisa (mesti korang pun banyak kali buat benda ni). Muka aku cepat betul kenampakan kalau aku tak puas hati. I am not a really good actress, tapi aku cuba lah jugak cover up.

Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja.
Aku berdoa penghujungnya bahagia dan diredhai. Ececece, apakah ini? Ada apa2 rahsia kah? Biarlah rahsia~ HAHAHA..

Aduh. Sudah mula terasa ketegangan di quadriceps aku, bukti sekian lama tak bersenam, kemudian buat kerja spontan bersenam hari ini. Dahlah tak warming up pun. Padan muka aku yang chubbby dah comel ini. HAHAHA.. (Perasannya aku ni, takpelah, muka aku jugak, kalau aku tak puji, memang takdelah orang nak puji.. HEHEHE). Sekali sekala menggedik ini dapat jugak menghilangkan stress aku ini. 

Lepas ini, doakan aku tak pergi geledah dapur itu. Aku mengakui kecintaan aku pada si jejaka bernama MAKANAN sangatlah mendalam. Kalau tak rasa, tak cuba, memang resah gelisah hari itu.. HEHEHE.

BYE.. Sehingga ketemu lagi Mr Blog. 
(FYI, my blog is a HE. Orang gatal nak berpakwe tapi taknak yang realiti, nak yang maya saja :P)