ummu dunya

Posted by Mademoiselle Sophie , Wednesday, August 28, 2013 4:12 AM

Ummu dunya.

Bumi sejarah. Bumi Anbiya'. Bumi Firaun.
Banyak maqam-maqam solihin di sana.

Selama empat tahun aku bermastautin kat sana.
Aku tak sempat lagi berjaulah maqam di Bahnasa.
Dan itu jugalah salah satu tempat yang aku aku nak kunjung 
sebelum aku habis belajar.

InsyaAllah, diizinkan Tuhan aku balik semula sana,
lagi banyak maqam syuhada' yang aku boleh ziarahi.
Ramai syuhada' di bumi mesir ini.

Bertuah nya aku. Tuhan beri aku peluang ber'hidup' di sana.
Aku mahu cintaku terus subur buatmu Mesir.
Aku rindu.
Aku bertuah.
Terima kasih Tuhan buat segalanya.

serius. lagu long live egypt tapi yang versi untuk rabaah tu buat aku banjir. Teruskan sokongan buat muslim seluruh dunia. #palestin #syria #mesir.
sebab kita semua egyptian, palestinian, syrian!