Post sebelom masok 2014!

Posted by Mademoiselle Sophie , Sunday, December 29, 2013 11:53 AM

Wahhhh, dah lama tinggal belog ni. Bersawang macam ape je~~ biyann ye che belog.

Tinggal 2 hari lagi nak masok tahon baru masihi ; 2014!

Nak buat ke tak azam baru untuk tahun masihi ini? Hmm.. Patotnya buatlah azam awal tahun hijri kan? Isyh isyh.. liberal betol!  Hahaha.

Penat nya tetiap hari. Penat dengan kesibukan dunia. Tiap-tiap hari macam-macam fikir. Tiap-tiap hari dok risau masa depan. Tiap-tiap hari cuba jaga perasaan, jaga emosi.

Hakikatnya, aku KENA ingat, I am still a human being! Buat salah silap itu norma bukan?. Alahhh, ayat cliche nya, Manusia tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini aku sentap sikit. Ada satu benda aku nak share. Share ape? Hah,! Ni nak bagitau. Jazakallah cousie sebab rajin sangat mengepost benda-benda rohani ni. Allah Allah! Moga kita semua dapat beramal dengan ilmu yang kita pelajari, tak kesahlah ilmu duniawi ke ukhrawi. Yang ukhrawi lagi-lagi lah kena beramal idok? Kang tak pasal-pasal, terburai perot dalam neraka! Takotnyeeeee :( :( :(

Kalau ada terdetik..

"Kenapa aku nak taubat? Nanti aku buat dosa lagi."

Cuba fikir balik..

"Kenapa pulak aku kena mandi? Nanti aku busuk balik?"

"Kenapa aku kena makan? Nanti lapar balik?"

Taubat, tekad. Bila terulang semula dosa, ulang semula taubat. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Biar kita mati dalam usaha untuk bertaubat,

Jangan kita mati dalam keadaan putus asa.

Jadilah orang yang baru setiap saat!


Aku suka sangat dengan statement ; JADILAH ORANG YANG BARU SETIAP SAAT!
Allah Allah! Kalau dihitung dosa-dosa, memang tak layak sorga itu untuk aku. Tapi, kita cuba.
Cuba untuk setiap saat ingat pada Allah dan Rasulullah sallahualaihiwasallam
So, antara resolusi aku untuk lebih ingat Rasulullah sallahualaihiwasallam adalah aku akn pasang selawat nabi nyanyian Maher Zain (berentak sikit) , jadi secara tak langsung mulut aku pon ikot sama berselawat, inshaallah!

Korang pulak macam mana? Apa resolusi korang? Jom bina resolusi masing2. Hah, lupe nak cakap satu benda lagi, ada orang suka qasidah. Jadi, mungkin boleh masok dalam resolusi jugak!

Okay. sampai sini sudah. Tengok lah kalau aku rajin, aku update lagi.
Maassalamah Wa ilalliqa' dari Bumi Nil =D

Salamu alaykum.

0 Response to "Post sebelom masok 2014!"