#Selawat $Jumuah

Posted by Mademoiselle Sophie , Friday, November 9, 2012 3:16 AM

this is taken from facebook~ from akhi baihaqi hassan..

.............................................................................................................

Syeikh Yusri hafizahullah pernah menerangkan selawat kepada Al-Habib Rasulullah SAW dengan penerangan yang cukup indah. Kata syeikh Yusri,

"Perbanyakkanlah selawat kepada baginda SAW. Ini kerana, Selawat adalah amalan yang DITERIMA oleh Allah walaupun dilakukan dengan hati yang LALAI kerana HUBUNGANNYA YANG KUAT dengan Rasulullah SAW, sedangkan Allah tidak akan memandang kepadamu jika kamu LALAI
dalam melakukan ibadah yang lain."

Tambah Syeikh Yusri lagi,
"Allah telah menciptakan MALAIKAT KHUSUS untuk mencari orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW di setiap tempat, masa dan keadaan. Malaikat ini akan menyampaikan selawat kepada baginda SAW yang masih HIDUP, di kubur baginda SAW. NAMA kamu akan disebut kepada baginda Rasulullah SAW. Adakah kamu tidak merasa bahagia jika namamu dan kata-katamu disampaikan kepada baginda? Bahkan, baginda SAW akan terus menjawab selawat itu dengan menDOAkan kamu."

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
...........................................................................................................
so, apa lagi? moreover, today is Jumuah :) let's shalawat banyak2 ^_^
Allahumma Solli A'la Muhammad~
 

0 Response to "#Selawat $Jumuah"