Contengan Bersih Sawang!

Posted by Mademoiselle Sophie , Saturday, August 22, 2015 3:19 AM

Hai blog :)

Lama tak jumpa awak.. hikhik (jadi abnormal sekali sekala menarik jugak :P)
Kesian sama awak kan.. bersawang sudah..nak buat macam mana, saya tuan punya kan, suka hati saya lah..HAHAHA..

Penat betul. Penat sangat. Haah. Penat BERSENAM ni hah. Aduhaii, ni apa kes pulak kan rajin bebeno bersenamnya. Almaklumlah, aku memang kenal sangatlah aku ni macam mana kan, dasar malas nak menggerakkan otot2..eh eh lemak-lemak yang ter'deposit' cantik punya ni! Blerghhh.. luga tekok wehh (bak kata orang teganu kitee)

Rupanya bersenam sangatlah addicting. Best woo rasa peluh melimpah ruah, melekit-lekit. Korang punye EWWW tu simpan kat bibir korang je ye. Kalau rasa tak boleh nak teruskn pembacaan, bolehlah beralih arah. Ni pun, aku bercakap sorang-sorang.

Nak tau kenapa? Sebab aku tengah stress jugak lah sekarang ini. Melihat kerenah orang2 tua ni (yang pencinta bahasa tu boleh simpan rasa concern pada bahasa tu dalam hati ye, sebab aku tak hirau pun gaya bahasa aku ni macam mana, aku kan freestyle gitu, ala-ala rebellious tapi taat je). Kembali semula pada karangan aku sebelumnya, melihat kerenah orang2 tua membuatkan aku takut untuk melangkah ke fasa baru. Takut yang amat. Entahlah, rumit sebenarnya apabila semakin tua ni. Perasaan pun makin mudah tercalar, mudah dicederai. Hmmm, aku ini nanti macam manalah agaknya.

Sebab aku jenis yang tak suka pada konflik. Kalau aku tak puas hati, most of the time, aku simpan saja dalam hati, tapi kepala, akal fikiran aku ligat membebel dan membuat pelbagai analisa (mesti korang pun banyak kali buat benda ni). Muka aku cepat betul kenampakan kalau aku tak puas hati. I am not a really good actress, tapi aku cuba lah jugak cover up.

Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja.
Aku berdoa penghujungnya bahagia dan diredhai. Ececece, apakah ini? Ada apa2 rahsia kah? Biarlah rahsia~ HAHAHA..

Aduh. Sudah mula terasa ketegangan di quadriceps aku, bukti sekian lama tak bersenam, kemudian buat kerja spontan bersenam hari ini. Dahlah tak warming up pun. Padan muka aku yang chubbby dah comel ini. HAHAHA.. (Perasannya aku ni, takpelah, muka aku jugak, kalau aku tak puji, memang takdelah orang nak puji.. HEHEHE). Sekali sekala menggedik ini dapat jugak menghilangkan stress aku ini. 

Lepas ini, doakan aku tak pergi geledah dapur itu. Aku mengakui kecintaan aku pada si jejaka bernama MAKANAN sangatlah mendalam. Kalau tak rasa, tak cuba, memang resah gelisah hari itu.. HEHEHE.

BYE.. Sehingga ketemu lagi Mr Blog. 
(FYI, my blog is a HE. Orang gatal nak berpakwe tapi taknak yang realiti, nak yang maya saja :P)

0 Response to "Contengan Bersih Sawang!"